Hujan turun dengan lebat. Jeon Jo-shin masuk ke rumah dengan tergesa-gesa dan menggantungkan seteskop pada dinding lalu duduk di sofa. Dia menutup mata sambil mengingat kembali situasi di hospital.
Semua orang di hospital bertepuk.
“Tahniah atas kejayaan kamu berdua kerana saling bekerjasama dan tolong-
menolong sehingga berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita mengandung,” kata Dr.
John.
Jeon Jo-shin dan Kim Huang Yi
saling berpandangan dan tersenyum atas kejayaan mereka. Segera terkenang
pertemuan pertama semasa berumur 18 tahun di Universiti Perubatan Manipal,
Melaka.
Kim Huang Yi berlari kerana terlewat ke temu duga sambil memegang kopi Starbucks. Thud! Kopi tertumpah pada
kemeja putih Jeon Jo-shin yang menunggu giliran untuk temu duga.
“Adoi, kemeja putih aku!” jerit Jo-shin lalu merenung Huang Yi dengan tajam.
“Maafkan saya. Saya tidak sengaja!” Huang Yi cuba menerangkan.
Mulai hari itu, Jo-shin dan Huang Yi menjadi musuh dan mula bersaing
untuk mendapat ijazah. Setelah beberapa tahun, Jo-shin dan Huang Yi menjadi doktor
muda sakit puan.
Pagi tadi, semasa suasana sibuk
di hospital, tiba-tiba, Jo-shin terdengar seseorang menjerit kesakitan.
Jo-shin dan Huang Vi bergerak
dengan segera ke tempat tersebut. Sebaik mengetahui apa yang berlaku, mereka menolak
katil pesakit ke bilik bersalin.
Jo-shin membuat persediaan untuk membantu wanita itu bersalin. Huang Yi
menghubungi Dr. John dan meminta beliau datang segera. Dengan bantuan doktor
pakar itu, mereka berjaya membantu wanita itu bersalin.
Semua doktor dan jururawat sangat bangga atas kejayaan kedua-dua doktor
muda itu. Semasa mereka keluar dari wad, semua orang di hospital bertepuk
dengan bangga. Dr. John mengucapkan tahniah kepada mereka.
“Hah, inilah masa yang terbaik untuk melamar Huang Yi,” fikir Jo-shin.
“Huang Yi, saya telah jatuh cinta dengan awak pada kali pertama saya
berjumpa awak tetapi saya sengaja hendak menjadi musuh dan pesaing kepada awak
kerana saya takut awak tidak akan melayan cinta saya,” kata Jo-shin sambil menghulurkan
sejambak bunga ros kepada Huang Yi.
“Saya pun sama. Wajah awak yang kacak telah menyebabkan saya jatuh cinta
pada awak tetapi saya juga takut awak mungkin menolak cinta saya,” balas Huang Yi
sambil mengelap air mata gembira.
[Jessilyn Angel
Jayadass
dilahirkan pada tahun 2008 di Kedah dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.
Beliau belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Thai Hong dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Impian Emas, Johor. Pada Julai 2022, Jessilyn berpindah ke Cheras
dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif, Kuala
Lumpur. Remaja ini banyak terlibat dalam program bahasa dan sastera anjuran Kavyan
seperti Bengkel
dan Persembahan Drama Pentas Megha Duta (April-Ogos 2023), Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba (September
2023), Bakat Seni dan Sastera Bangsa Malaysia (Disember 2023), serta Bengkel Penulisan Intensif di Taiping (Disember 2023). Karya
Jessilyn di portal Sastera Kavyan
boleh dibaca di sini.]