Malam Masih Muda

Gugusan bintang menghiasi langit di luar

Kesepian melingkari seluruh alam

Sunyi mendakap diriku di saat malam

Sudah biasa tidur berseorangan di kamar.

 

Purnama menjelma dan pungguk pun sampai

Kedengaran bunyi cengkerik dan aliran air di sungai

Seribu satu persoalan bermain dalam fikiran

Hidup ini penuh pancaroba dan cabaran.


Kunang-kunang menziarahi waktu malam

Kilauan cahaya bergemerlapan indah

Perasaan cinta dan sayang sudah lama pendam

Hanya menunggu usia ditelan tanah.



[Malini Lakshmi Bai lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Pada tahun 2012, beliau menyambung pengajian tinggi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Beliau meminati bidang kesusasteraan sejak bangku sekolah. Pada tahun 2009, Malini mewakili sekolah dan daerah dalam beberapa forum pelajar, pertandingan debat, dan syarahan. Kini, beliau berkerjaya sebagai guru bahasa Inggeris dan penyelia di sebuah pusat pembelajaran bahasa. Malini juga menggalas jawatan penolong setiausaha dalam Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Hasil karya beliau termuat dalam antologi Lakaran Diri (2022) dan di portal Sastera Kavyan. Karya bahasa Inggeris pula diterbitkan di laman Eksentrika. Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]