Bahagian awal cereka “Cerita Guluji Tentang Asal Usul Bumi” menarik untuk saya teruskan pembacaan. Semua manusia pasti meminati kisah dongeng tanpa menyoal akan kesahihannya. Pak Cik Gulu yang diperkenalkan pada bahagian awal cereka ini menceritakan kisah dongengnya berpandukan Samudra Mathana dan berpandukan mitos serta purana Hindu hingga menjadikan kisah yang disampaikannya nampak benar dan “sedap” didengar.
Gaya bahasa dan kosa kata yang digunakan dalam cereka ini tidak sukar untuk difahami. Cuma, terdapat beberapa nama veda Hindu dan tajuk-tajuk kitab Hindu yang saya belum lagi menjamah. Jika kita sudah mengetahui kisah-kisah dalam kitab-kitab tersebut, akan lebih seronok memahami cereka ini selanjutnya.
Walaupun watak Guluji direka semata-mata untuk cereka ini, namun itu bukan bermaksud tidak wujud manusia seperti ini di muka Bumi. Saya percaya, kisah-kisah sami, tokoh agama, dan para pendakwah agama yang sering kali menyelewenglah yang mengundang Uthaya Sankar SB untuk menulis cereka ini.
Watak “Saya” dalam cereka ini mengetengahkan persoalan wujudnya kepincangan pada para pendakwah agama. Walaupun digambarkan watak Guluji sebagai sami Hindu, pada pandangan saya, kisah ini masih relevan untuk semua anutan dan agama. Masyarakat harus berwaspada dengan mereka agar tidak terpesong daripada akidah atau ajaran sebenar sesuatu ugama.
Secara keseluruhan, cereka ini
memang menarik. Walau bagaimanapun, jika dimulakan dengan sudut pandangan watak
Guluji sendiri, mungkin kita dapat menjiwai lebih dalam apa yang sedang berlaku
dalam diri dan di sekeliling Guluji. Akan lagi menarik juga jika diadakan aksi
atau dialog antara watak Guluji dan watak “Saya”.
[M. Mahendran dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) adalah kumpulan cerpen sulung beliau dalam Bahasa Malaysia manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen Tamil. Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada tahun 1999 dan beliau dipilih memegang jawatan pengerusi pada tahun 2023. Karya Mahendran di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]
Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” – [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]
Reaksi pembaca beta bagi “Anak
Bunian”
— [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]