Jam berbunyi menandakan pukul 10.30 malam. Saya berjalan pulang dari kelas tambahan sambil memegang buku dan kertas. Saya hampir tidak mempunyai tenaga untuk berjalan kerana hari ini sangat memenatkan. Angin bertiup dan hujan lebat menimpa pokok palma sepanjang bahu jalan. Saya terdengar bunyi mengiau. Saya cuba mencari dari mana bunyi itu datang.
Saya
melihat seekor kucing berbulu kelabu di bawah pokok palma. Kucing itu pun
menggesel pada kaki saya. Saya menunduk dan mula membelainya. Saya pun
mengambil keputusan untuk berteduh di bawah pokok palma sementara menunggu
hujan reda.
Tiba-tiba
anak kucing mula berlari. Saya mengejarnya. Selepas beberapa minit, saya sedar
bahawa saya telah sesat jalan semasa mengejarnya kerana kecomelan Si Manja menarik
perhatian saya.
“Eh,
apa itu? Macam tak pernah nampak sebelum ini,” fikir saya.
Saya
melihat sebuah rumah banglo terpencil yang pelik membuatkan saya terpesona
untuk menerokainya. Firasat saya memberitahu saya untuk tidak masuk, tetapi saya
mengatasi ketakutan saya dan menuju ke arahnya dengan berjalan kaki
tanpa mengetahui apa yang ada di dalam rumah itu, kerana suasana di situ sangat
menggerunkan.
Saya
ingin tahu apa yang ada di dalam rumah, jadi saya menyusun langkah ke arah
rumah tersebut. Laluan batu kerikil remuk di bawah kasut saya. Saya menaiki
tangga dan membuka pintu kayu yang ketat. Sebaik sahaja saya masuk ke dalam
rumah itu, saya mula bersin kerana lantai berdebu, jubin retak, dan besi pintu
berkarat. Rasa-rasanya, saya berada di dimensi lain.
Tiba-tiba,
pintu tertutup. Saya terdengar bunyi aneh, saya melihat tulisan pada dinding
dan juga mendengar tapak kaki di seluruh ruang tamu. Saya seorang yang
nyctofobia, jadi saya cepat-cepat mengeluarkan lampu suluh ganti saya.
Bayang-bayang bergerak ke sini dan ke sana. Sekonyong-konyong, bilik pintu ketiga
buka dengan perlahan-lahan.
“Oh,
Tuhan! Tolonglah saya!” Saya mula berdoa.
Saya
melihat pemandangan yang paling teruk dalam hidup saya. Bayang-bayang itu
begitu dekat dengan saya sehingga saya dapat merasakan dan mendengarnya
bernafas. Nafasnya berbau! Saya menahan nafas selagi boleh.
Seekor
anjing menyalak di luar rumah. Dalam sekelip mata, bayang itu beralun dan
lenyap. Saya menyentuh dahi saya yang dibasahi darah dan saya pengsan. Perkara
terakhir yang saya lihat ialah, perkataan ‘MATI’, tertulis pada dinding.
Cahaya
matahari pagi menapis masuk melalui tingkap bilik tidur. Saya duduk tegak
sambil menggigil di atas katil.
Tuk
Tuk. Kedengaran bunyi orang mengetuk pintu. Ketukan itu menjadi kuat dan
tiba-tiba pintu bilik dihempap dan jatuh bertaburan ke lantai.
“Eh,
kamu okey tak?” Tanya Ibu lalu menyerahkan segelas air.
“Ya,
ya saya sihat sahaja,” kata saya dengan tercungap-cungap.
Apakah
yang telah berlaku? Semua ini peristiwa benarkah? Adakah semua ini petanda?
Adakah semua ini hanya mimpi ngeri? Banyak soalan yang memenuhi kepala saya.
Saya menepuk-nepuk dada.
“All is well,” kata saya kepada diri kerana
yakin segala-galanya berlaku atas sebab-sebab tertentu.
[Haarshini Shanmugam seorang pelajar di SMK Cochrane, Kuala
Lumpur. Beliau berminat menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Remaja ini
mempunyai bakat mempelajari kebanyakan perkara yang diajar. Haarshini juga
kreatif dan ingin memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dengan berkarya.
Beliau menyertai sesi Lepak
Menulis Cerpen di Anak Baba (2023), Bengkel Penulisan Intensif di Bandar Pinggiran Subang
(2024). Karya Haarshini di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]