Pantun Cintai Bahasa

Pergi ke Rusia naik kereta,

Mahu kenal adat budaya;

Bahasa Malaysia bahasa kita,

Sama-sama hayatinya.

 

Pergi ke gerai membeli laksa,

Beli daripada pak cik Jawa;

Minat bahasa jangan dipaksa,

Biarlah lahir dari dalam jiwa.

 

Tanah subur di seberang sana,

Tempat bermain si anak kera;

Didik hibur wajar diguna,

Tarik minat terhadap sastera.

 

Melintas parit guna titi,

Lintang-pukang dikejar dubuk;

Aktiviti Kavyan jadi bukti,

Cintakan bahasa boleh dipupuk.

[Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau juga mengendalikan bengkel penulisan, program galakan membaca, projek komuniti, dan acara sastera di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). Sila klik di sini untuk membaca tulisan Uthaya di portal Sastera Kavyan.]