Kita sebagai rakyat Malaysia sudah hidup aman dan makmur berkurun-kurun lamanya. Pelbagai rintangan dan masalah, kita sama-sama harungi demi kesejahteraan rakyat dan negara. Setiap tahun, perubahan demi perubahan kita kecapi hasil usahasama pelbagai kaum di negara ini.
Menyatupadukan semua kaum di negara ini bukan satu
perkara sukar suatu waktu dahulu. Perhubungan yang intim itulah menjadikan
budaya dan bahasa Melayu berasimilasi sejak beribu tahun dahulu.
Sejak akhir-akhir ini, kita sering membaca
paparan-paparan yang menyinggung perasaan kesemua kaum di media sosial. Mereka
yang menyentuh sensiviti sensitiviti budaya, kaum dan agama sesuatu kaum, adalah
anak jati Malaysia, bukannya orang luar. Perkara ini amat membimbangkan semua.
Malaysia bukan satu negara yang baru lahir untuk
dimiliki oleh sesuatu kaum sahaja. Ia adalah milik semua yang dilahirkan di
sini. Mereka yang tidak bertanggungjawab, seperti tidak tahu akan sejarah tanah
air, mudah merenggangkan hubungan kaum yang dipupuk dan dijalin sejak berabad lagi.
Malah, sebagai penghuni muka Bumi yang tidak akan
bermastautin pada jangka masa panjang, kita harus mengambil pusing pasal asal-usul asal usul
masyarakat di sekeliling kita. Sungguh menghairankan, ada juga yang masih tidak
mengenal dan mengetahui adat-resam dan budaya kaum-kaum lain di negara ini. Ini
adalah satu malapetaka untuk kita.
Keadaan ini terjadi oleh sebab struktur geografi
serta sistem penempatan yang berbeza dan berjauhan antara setiap kaum di negara
ini, pada masa pemerintahan British. Keadaan sudah jauh berubah sekarang.
Penduduk semua jenis kaum sudah pun tinggal secara majmuk di serata tempat.
Yang pelik, kita masih seperti berjauhan di negara sendiri. Kita masih
berkelompok sesama sendiri.
Apabila sesuatu kejadian tidak diingini berlaku
antara dua kaum yang berbeza di suatu tempat, dengan pantas kejadian itu
disebarkan di media sosial. Kemudian akan dapati pelbagai komen di bawah
paparan tersebut. Mungkin insiden di tempat kejadian sudah pun diselesaikan.
Mereka yang memberi komen di media sosial pula akan bercakaran hingga berminggu
lamanya. Sungguh menakjubkan dan menyedihkan.
Dahulu memang ada juga insiden-insiden tidak dingini diingini berlaku
antara kaum. Jika tidak, pasti tragedi Mei13 13 Mei tidak terjadi. Namun, ia sudah pun dikawal
dengan agenda-agenda tertentu.
Mengapa kita sebagai manusia mempunyai satu sifat
untuk mempertahankan kaum dan mengagung-agungkan kaum sendiri? Ini mungkin
sifat atau sikap yang dianuti dan dimiliki dalam DNA kita. Ia sukar untuk
dipupuskan tanpa pengawasan ketat oleh pihak berkuasa dan kawalan diri.
Ya, memang benar jika seseorang daripada kaum A
menghina sesuatu tentang kaum dan agama kaum B, sudah pasti kaum B tidak akan berdiam
diri. Secara automatik kaum B akan berasa marah dan akan bertindak luar kawalan
terhadap kaum A.
Apakah cara-cara untuk mengatasi perkara ini
daripada berleluasa?
Pihak berkuasa perlu pantau media sosial dan perlu
adakan suatu sistem automatik untuk melenyapkan segala mesej dan komen berunsur
3R. Jika tidak ada cara sebegitu, mereka boleh blok menyekat atau mendenda pemilik akaun media sosial
yang bermasalah.
Jabatan Perpaduan harus memandang serius masalah
ini. Jabatan ini perlu aturkan lebih banyak program membolehkan semua kaum
mengambil bahagian dan bermanfaat secara sama rata. Program-program yang
melibatkan setiap kaum dan agama itu tidak boleh dilakukan sambil lewa. Setakat
acara jamuan makan, tidak akan membuahkan hasil yang dikehendaki. Ia perlu lebih sistematik dan dinamik.
Para pemimpin dari semua parti juga perlu menjadi
contoh kepada rakyat jelata. Jangan mendabik dada sebagai pejuang untuk sesuatu
kaum sahaja. Mereka perlu bekerja keras untuk semua yang mengundi mereka dan
peka kepada situasi semasa.
Harapan masyarakat Malaysia satu sahaja. Kita tidak
mahukan polarisasi kaum. Rakyat Malaysia mahu hidup aman damai dengan sempurna
tanpa beban kewangan dan tekanan.
[M. Mahendran dilahirkan di Bentong,
Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen Bahasa Malaysia dan
Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) ialah kumpulan cerpen sulung
beliau manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen
bahasa Tamil. Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
pada tahun 1999 dan beliau dipilih memegang jawatan pengerusi pada tahun 2023.
Karya-karya Mahendran boleh dibaca di portal Sastera Kavyan dan Eksentrika.]