Kebelakangan ini, kenaikan
harga barangan di semua tempat amat membimbangkan. Harga ayam, sayur dan lain-lain
barang barang-barang lain, semakin meningkat. Kehidupan harian
rakyat Malaysia agak tersekat-sekat.
Sebagai warga bumi dan
warganegara ini, kita terpaksa akur. Kita tidak ada pilihan untuk melarikan
diri dari dunia untuk mengelakkan kesukaran ini.
Untuk meneruskan hidup, kita
harus makan. Ya, makan. Dahulu, kita boleh
menikmati sepinggan nasi ayam pada harga empat hingga lima ringgit. Kini, harga
untuk makanan yang sama telah melonjak naik, lapan hingga sembilan ringgit, sedangkan
kandungannya pula sudah berkurangan. Ini belum dikira bersama air minuman. Sudah
pasti perbelanjaan untuk makan tengah hari sahaja, mencecah sehingga dua belas ringgit
untuk seorang. Begitu juga dengan sarapan pagi
yang sepatutnya boleh dibereskan setakat tiga atau empat ringgit, kini
menjangkau sehingga enam atau tujuh ringgit.
Bagi yang berpendapatan lumayan
dan kurang komitmen, tidak menjadi masalah. Berapa ramaikah penduduk negara ini
berpendapatan tinggi? Setiap kali gaji penjawat awam atau swasta dinaikkan, setiap
kali itu jugalah harga barangan keperluan harian melonjak naik.
Bagaimana pula dengan
perbelanjaan keperluan lain dan untuk kecemasan? Keadaan ini amat menyukarkan
rakyat Malaysia untuk menabung. Pendapatan bulanan hanya cukup-cukup pakai
sahaja. Ini membuatkan ramai berhutang untuk meneruskan kehidupan mereka.
Untuk mengelakkan keadaan ini
berterusan, kita perlu berjimat. Kita tidak boleh lagi berbelanja di luar
setiap hari untuk mengisi perut. Dengan gaji yang tidak seberapa, kita tidak
boleh berlagak atau berdegil untuk terus makan di kedai. Kita harus mengubah
cara hidup kita. Ya, kita perlu berubah. Berubah ke arah penjimatan. Berubah
untuk hidup bahagia dan sihat.
Apa yang kita boleh dan perlu
lakukan untuk meneruskan kehidupan secara sihat dan bahagia?
Masaklah di rumah!
Ya, kita perlu mula memasak di
rumah. Kebanyakan orang tahu memasak, namun mereka malas. Mereka memberi alasan
kesuntukan masa menghalang untuk berbuat demikian. Ini adalah tidak benar.
Sejak dahulu lagi, baik petani
di bendang, mahupun mereka yang menoreh pokok getah, semua rajin membawa bekal
dari rumah. Baik yang dimasak pada waktu pagi ataupun yang dimasak sehari sebelum
itu. Walaupun masakan mereka cuma ala kadar, ia tetap mengenyangkan dan memberi
tenaga untuk meneruskan kerja mereka.
Kita tidak boleh lagi memberi alasan lapuk untuk terus makan di kedai. Dalam
keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti ini, semua warga Malaysia harus tahu
memasak. Di negara China dan Jepun, sejak pra
sekolah prasekolah lagi kanak-kanak
sudah diajar cara-cara memasak dan mereka sungguh terangsang.
Memasak bukanlah suatu perkara
yang susah. Ia boleh dipelajari dari sesiapa sahaja di rumah. Sudah pasti mereka
yang tahu memasak boleh mengajar. Ia akan memudahkan dan lebih menjimatkan. Lebih-lebih
lagi pada zaman informasi di hujung jari, agak mudah belajar memasak melalui Youtube YouTube.
Pengurusan masa adalah amat
penting supaya mempunyai masa yang cukup untuk memasak dan membawa bekal tersebut tersebut ke tempat kerja.
Mungkin masakan itu tidak panas atau tidak berapa segar selepas di bawa dibawa ke
tempat kerja, namun ia tetap akan mengenyangkan. Yang penting, tidak ada wang
dikeluarkan dari dompet saban hari untuk makan.
Pastikan boleh bangun lebih
awal daripada biasa untuk memulakan kerja memasak. Jika boleh, biar masak sebelum
tidur. Ini boleh menyenangkan dan akan mempunyai masa untuk tidur. Tidak perlu
tergesa-gesa bangun pagi untuk memasak.
Sarapan pagi juga boleh dibuat di rumah. Sarapan ringkas
seperti roti atau biskut sahaja sudah memadai. Mereka yang bekerja membanting tulang empat kerat boleh makan lebih
daripada itu.
Jika seseorang itu berbelanja sebanyak dua puluh ringgit sehari
untuk sarapan dan makan tengah hari di kedai, dengan membawa bekal dari rumah
dia dapat makan sebanyak empat hingga lima kali dengan jumlah itu.
Fikir-fikirkanlah taktik ini
ke arah penjimatan.
[M. Mahendran dilahirkan di Bentong,
Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen Bahasa Malaysia dan
Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) ialah kumpulan cerpen sulung
beliau manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen
bahasa Tamil. Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
pada tahun 1999 dan beliau dipilih memegang jawatan pengerusi pada tahun 2023.
Karya-karya Mahendran boleh dibaca di portal Sastera Kavyan dan Eksentrika.]