Payung
…
jarang
diguna,
tersorok
di belakang pintu,
tergantung
pada jeriji tingkap,
kadang-kadang
di dalam stor,
di
dalam but kereta,
di
celah tempat duduk kereta,
hanya
dicari ketika hujan lebat,
atau
ketika panas terik …
itu
pun jarang juga;
seperti
juga manusia,
hanya
mencari seseorang,
ketika
memerlukan sesuatu,
walau
di mana jua individu itu berada,
akan
cuba dapatkan perlindungan,
seperti
sekaki payung tika hujan.
[Anuradha
Chelliah berasal dari Banting, Selangor.
Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya
menyambung pelajaran dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mengajar Bahasa
Inggeris di SK Sri Langat, Banting, Selangor. Beliau telah menghasilkan
beberapa antologi termasuk lima antologi bersama kumpulan Sasterawan Kavyan.
Antara antologi beliau adalah Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020),
Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022) dan Seruling Malam (2024). Beliau
terus aktif dalam penulisan cerpen dan puisi. Beliau juga menulis dalam Bahasa
Inggeris. Karya-karya beliau boleh dibaca di Eksentrika dan Sastera Kavyan.]
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih. Komen anda akan dinilai sebelum dipaparkan. Harap maklum bahawa komen tanpa nama TIDAK akan diluluskan.