Apakah perasaan anda apabila panggilan anda tidak dijawab? Anda mungkin berasa marah. Anda mungkin akan berasa risau. Anda mungkin berasa sangsi. Anda juga mungkin akan berasa tertipu. Pelbagai kemungkinan akan timbul apabila panggilan anda tidak dijawab oleh seseorang.
Pada suatu ketika dahulu, apabila telefon rumah
berdering, semua penghuni rumah akan ke telefon tersebut untuk sama-sama
bertanya khabar dan mendengar perbualan tersebut. Perbualan yang tiada rahsia
dan membolehkan semua orang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Telefon itulah
yang mendekatkan orang jauh dengan kita.
Telefon juga menjadi satu alat yang penting
untuk menyampaikan berita gembira atau sedih. Jemputan ke majlis juga
disampaikan melalui telefon. Kematian atau berita ahli keluarga yang kurang
sihat juga disampaikan melalui telefon. Anak-anak yang berjauhan dengan
keluarga akan berhubung melalui telefon sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua
sekali atau dua kali seminggu.
Namun, dengan adanya telefon bimbit dan telefon
pintar pada masa ini, perhubungan
kekeluargaan didapati semakin renggang. Apabila telefon bimbit berbunyi, ramai
yang akan membawa diri ke satu tempat yang terselindung untuk meneruskan
perbualan. Tidak kiralah perbualan itu dengan ahli keluarga, rakan, atau mereka individu yang
kurang dikenali. Ia Seakan-akan kita
tidak mahu sesiapa pun mendengar perbualan kita.
Telefon bimbit sebenarnya telah mengurangkan
komunikasi di antara satu sama lain.
Ramai yang tidak mahu berpandangan mata
semasa perbualan. Meja makan juga menjadi tempat yang diberi lebih keutamaan
untuk telefon bimbit.
Telefon bimbit yang canggih ini memberi pilihan
kepada seseorang untuk menjawab atau tidak menjawab panggilan. Namun, ramai
juga yang berasa risau apabila panggilan mereka tidak dijawab, terutamanya ibu
dan bapa. Anak-anak perlu faham tujuan ibu bapa menelefon mereka.
Adakalanya,
panggilan daripada pihak yang diingini dibiarkan tanpa dijawab terutamanya
panggilan dari bank atau ahli ejen insurans. Panggilan seperti ini dikatakan
membuang masa kerana apapun apa-apa pun yang
diterangkan tidak diberi tumpuan oleh pendengar.
Paparan nama atau nombor telefon pada skrin
telefon sebenarnya memberi kelebihan sama ada panggilan itu perlu dijawab pada
ketika itu, boleh diabaikan, atau boleh dijawab pada waktu yang lain. Malahan, ada juga nombor yang boleh
disekat untuk seketika atau selama-lamanya.
Ada juga panggilan yang tidak dapat dijawab
kerana individu berkenaan sibuk dengan tugas harian. Adalah tidak wajar untuk
seseorang itu menjawab panggilan semasa
memandu atau menunggang motosikal walaupun kebanyakan mereka gemar berbuat
demikian tanpa memikirkan risikonya.
Ramai juga yang tidak gemar berbual melalui
telefon dan tidak mahu menjawab panggilan. Justeru, mereka sentiasa meletakkan
telefon dalam mod ‘silent’ senyap. Ini mungkin
memudahkan individu tersebut, namun ia boleh membawa kepada kerisauan kepada individu yang cuba menghubunginya. mereka.
Kita juga tidak harus membuat andaian sendiri
mengapa seseorang itu cuba menghubungi
kita. Walaupun ada kalanya terdapat sedikit salah faham dalam kalangan
saudara-mara atau rakan-rakan, mungkin satu panggilan dapat menyelesaikan isu
yang sudah lama terbenam dalam hati.
Sesungguhnya, pilihan untuk menjawab panggilan
terletak pada tangan pemilik telefon. Pilihan yang wajar harus dibuat pada
masa-masa tertentu untuk tidak memudaratkan keadaan, terutamanya oleh anak-anak yang menerima panggilan daripada
ibu bapa atau mereka yang disayangi.
[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau
mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan
pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran
Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau
termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020), Peluru
Aksara (2020), dan Lakaran
Diri (2022). Pada 2024, Anuradha dipilih menjadi timbalan pengerusi
Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]