Kapal Terbang

Saya suka melihat kapal terbang yang terbang di angkasa. Saya juga suka naik kapal terbang. Ia sungguh menyeronokkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kapal terbang, saya mencari maklumat menggunakan Google.

Pada tahun 1903, kapal terbang ‘Wright Flyer’ diterbangkan oleh adik-breadik Orville Wright dan Wilbur Right. Kapal terbang adalah merupakan pesawat udara yang senyap, tetap dan berkuasa bergerak ke hadapan dengan tujahan daripada enjin jet, kipas atau enjin roket agar berkeupayaan untuk terbang.

Kapal terbang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Ia dikategorikan sebagai kapal terbang, kargo, penerbangan umum, kapal terbang laut umum, bot terbang, kapal terbang amphibious, helikopter awam, pesawat gelungsur dan kapal terbang penyelidikan awam.

Kapal terbang adalah pengangkutan awam untuk pergi ke negara lain dengan pantas. Ia adalah pengangkutan awam yang paling penting di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat Malaysia Airlines (MAS), Air Asia dan Malindo Air sebagai syarikat penerbangan utama. 

Pada tahun 1986, MAS memulakan perkhidmatan penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar identitinya kepada Malaysia Airlines atau Penerbangan Malaysia.

Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini pesawat Malaysia Airlines sudah pun melakukan penerbangan ke 100 destinasi di seluruh dunia dengan menggunakan pesawat termoden di dunia.

Malaysia mempunyai 63 lapangan terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) merupakan lapangan terbang yang terkemuka.

Sejumlah 28,674 kapal terbang beroperasi di seluruh dunia.

Di dalam satu pesawat akan terdapat dua juruterbang, enam pramugara dan pramugari.

Jika penumpang mendapat tempat duduk berhampiran dengan tingkap, mereka boleh menyaksikan awan yang indah dan kenalan baharu yang duduk di samping.

Saya ada pengalaman menaiki kapal terbang sebanyak lima kali ke India dan cita-cita saya adalah menjadi juruterbang.

[Olivardhini Murugan ialah pelajar Tingkatan 4 Perniagaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun, Chammang, Bentong, Pahang. Hobinya adalah membaca novel, membaca komik dan mendengar muzik.]