Urumi Melam

Urumi melam adalah alat muzik kaum India (etnik Tamil). Alat muzik ini biasanya dimainkan di kuil. Kumpulan urumi melam akan memainkan empat alat muzik iaitu . Ia adalah Urumi, Thavil, Pambai dan Jaldra.

Seorang penyanyi akan menyanyikan lagu-lagu memuja Tuhan. Alat muzik ini diketuk dengan batang kayu. Batang-batang kayu ini ada pelbagai perbezaan. Ada tebal, nipis dan melengkung. Jaldra diperbuat daripada gangsa. Ada dua bulatan di hujung. Di tengah bulatan ada lubang. Ia digabungkan dengan tali. Alat ini dimainkan sebagai muzik latar dan untuk membetulkan irama muzik.

Alat muzik lain diperbuat daripada kayu pokok neem dan kayu pokok buah nangka dengan pelbagai corak dan warna. Kulit lembu dan kambing digunakan pada tempat gendang untuk mengeluarkan bunyi. Harga kesemua alat muzik ini dianggarkan lebih kurang RM1,200 hingga RM4,000.

Itu adalah tentang alat-alat muzik yang digunakan oleh kumpulan urumi melam. Sekarang akan diceritakan tentang kisah seorang remaja.

Di bandar Bentong, Pahang ada seorang remaja yang berminat bermain urumi melam. Dia bermain alat-alat urumi sejak umur empat tahun. Nama dia adalah ialah Thinesh.

Minatnya timbul apabila melihat ayahnya bernyanyi lagu memuji Tuhan untuk kumpulan urumi melam. Nama kumpulan itu ialah Veera Garudar Urumi Melam. Ayah Thinesh pandai menyanyi dan pernah pecah rekod menyanyi dalam pelbagai acara dan pertandingan di Pahang tetapi minat Thinesh adalah lain. Walaupun dia berminat untuk menyanyi, dia juga berminat bermain semua alat muzik urumi melam.

Minat utamanya lebih kepada satu alat sahaja, iaitu urumi.

Thinesh semasa di sekolah rendah selalu dimarahi oleh semua guru. Ini adalah kerana dia selalu mengetuk irama di meja, kotak pensel dan malah pada pehanya pahanya dengan pensel atau pembaris. Tangannya selalu bergerak semasa mandi, makan, belajar dan sebagainya. Dia menghirup udara urumi melam. Begitulah difikirnya.

Ayah Thinesh sudah tahu anaknya berminat dalam permainan alat muzik urumi tetapi ayahnya buat tidak tahu dan tidak pernah bertanya tentang itu. Ayah Thinesh membiarkan Thinesh meneruskan latihan dalam bermain alat muzik urumi sahaja.

Selepas itu Thinesh berfikir untuk pergi ke kelas thevaram dan bhajan. Dia bermain alat muzik di kelas thevaram dan bhajan.

Sekarang Thinesh boleh bermain apa jua alat muzik. Dia belajar seperti mana bermain alat muzik lain. Ini adalah kerana matanya nampak, tangannya bergerak, telinganya mendengar. Ini semua masuk ke dalam otaknya. Thinesh sekarang seperti seorang pemain alat muzik profesional.

Thinesh kini sudah berusia 14 tahun. Ayahnya tidak menyuruhnya masuk kumpulan urumi melam tetapi Thinesh tidak hendak buang masa. Jadi dia pun masuk kumpulan Navarasa Mathura Kaali Urumi Melam (NMKUM). Dia menyanyi sambil bermain alat muzik. Ayahnya pun tidak kisah tentang itu sebab itu bukan jalan yang salah. Ayah Thinesh membiarkan sahaja.

Sekarang umur Thinesh  sudah 15 tahun. Sekarang dia ada di kumpulan bhajan. Perbezaan bermian bermain urumi melam adalah bermain sambil berdiri, di acara bhajan pula dia bermain alat muzik dholak dan thavil sambil duduk. Nama kumpulan bhajan ialah Vayuputhiran Bhajans.

Cita-cita dan impian Thinesh pada masa depannya ialah untuk membentuk kumpulan urumi melam sendiri. Nama kumpulan itu nanti akan dinamakan sebagai Vayuputhiran Urumi Melam.

Sekarang dia berusaha untuk mencapai cita-citanya sambil berterus terus berada di dalam kumpulan NMKUM dan Vayupuyhiran Bhajans.

[Kavinesh Prathap merupakan pelajar Tingkatan 3 Emerlad, SMJK Khai Mun, Chammang, Bentong, Pahang. Dia juga peserta sesi tulisan, bacaan dan kefahaman yang dianjurkan oleh Kavyan dan dikendalikan oleh M. mahendran setiap minggu di Bentong.]