Sajak: Wahai Manusia …

Wahai manusia …

kau yang minum, aku pula jadi mangsa

botol air, botol minuman, botol bir

semuanya di atas aku

kau yang makan, aku pula yang sakit

pembungkus roti, bekas bersambal,

tisu berhingus, kain busuk,

putung rokok, gelas pecah

rasa terbakar

rasa terguris,

rasa jijik

semuanya ku rasa kerana kau,

aku tahu yang berkaki empat pun buat juga

yang lebih jijik

tapi kau boleh berfikir, kau ke sekolah

kau diajar, dididik, ditegur,

tapi perangai kau, tidak seperti sepatutnya …

salah siapa?

tanyalah diri sendiri

cubalah berubah

berubah untuk generasi akan datang

generasi yang bakal mendiami bumi ini.

Mahu mengirim karya ke portal Sastera Kavyan? Baca panduan dan syarat [di sini].

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor dan merupakan jurulatih yoga terlatih dan mendapat pengiktirafan daripada Sakthi School of Yoga, Malaysia. Karya beliau termuat dalam Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022) dan Seruling Malam (2024). Puisi bahasa Inggeris terbaharu beliau termuat dalam ALS NaPoWriMo 2025. Karya-karya Anuradha boleh dibaca di Eksentrika dan Sastera KavyanBaca: Biodata penuh]

Ulasan