Saya berpeluang membaca petikan cerpen “Scammer” tulisan Uthaya Sankar SB.
Saya rasa petikan ini
mempunyai cangkuk naratif yang telah menarik minat saya.
Terlalu banyak plot twist dalam petikan dan
sememangnya menarik minat saya untuk membaca dari awal hingga akhir. Saya
membaca beberapa kali untuk tidak “terlepas” membaca sesuatu yang penting dalam
petikan. Penuh dengan saspens.
Mungkin orang yang
menelefon pada hari Rabu itu scammer sebenar ataupun kenalan yang cuba
membantu watak utama dengan memberi wang tanpa mendedahkan identiti. Mungkin
watak utama menghadapi keperitan hidup dan perlukan bantuan kewangan tetapi tidak
pernah meminta daripada sesiapa dan sedang cuba dibantu oleh rakannya.
Pada pandangan saya, orang
yang menelefon pada Khamis dan Isnin mungkin pemilik anjing dan lelaki tua yang
sebenarnya yang ingin meluahkan isi hati kepada sesiapa sahaja yang sanggup
mendengar kerana pada zaman sekarang, ramai yang tidak meluangkan masa untuk
mendengar dan bercakap dari hati ke hati (heart
to heart). Mungkin kedua-dua orang ini atau kumpulan ini ingin berhubung
dengan seseorang untuk meluahkan perasaan.
Wang RM100 itu mungkin
dimasukkan secara “silap” oleh seseorang yang tidak dikenali dan terjadi secara
kebetulan sahaja kepada watak utama dalam cerpen ini. Atau mungkin watak utama menerima
wang RM100 itu daripada rakan yang mengetahui situasi kesempitan kewangan yang
dialami watak utama. Penuh misteri juga!
Apa yang mungkin berlaku
seterusnya dalam cerpen ini? Sesuatu yang sangat sukar untuk saya duga dan petikan
cerita ini membuatkan saya ingin mengetahui kisah seterusnya. Plot twist yang pasti akan membuatkan
pembaca mahu terus membaca. Saya rasa watak utama akan mendapat wang RM100
setiap minggu dalam akaunnya tetapi akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa duit
dalam akaun itu bukan miliknya.
[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau
mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan
pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran
Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau
termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020), Peluru
Aksara (2020), dan Lakaran
Diri (2022). Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum
India (Kavyan).
Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan
boleh dibaca di sini.]