Cerpen “Seruling Malam” karya Malini Lakshmi Bai diterbitkan pada 30 Oktober 2023 di portal Sastera Kavyan. Malini seorang penulis yang sering menghasilkan sajak Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, juga berpotensi menghasilkan cerpen-cerpen Bahasa Malaysia.
“Seruling Malam” mengisahkan seorang pemuda berketurunan Malayalam (Malayali),
Krishna sedang bersiap sedia untuk menyambut perayaan Onam bersama ibu
dan kakaknya di kampung. Namun dia tidak dapat pulang ke kampung pada malam
sebelum perayaan. Dia terpaksa kerja lebih masa.
Selepas habis waktu kerja jam 12 tengah malam, dia
membeli makanan dan mengisi petrol untuk motosikalnya. Pada masa itu dia nampak
seorang tua melambai ke arahnya.
Hasil perbualan dengan orang tua itu, Krishna dapat
merasai orang itu sebenarnya bukan manusia. Malahan semasa dia menunggang pulang
balik ke rumah, dia terdengar bunyi seruling dan motosikalnya menjadi berat di
tempat pembonceng.
Walaupun kisah-kisah begini agak lumrah dibaca
sejak dahulu. Pembaca baharu pasti akan merasakan keseramannya. Lebih-lebih
lagi Malini telah menggarap karya ini dengan unsur ketegangan dan gaya
bahasanya agak puitis.
Beberapa perkataan Malayalam seperti checi, etta
dan mundu mengindahkan lagi cerpen ini,
Cerpen “Seruling Malam” akan menjadi lebih menarik untuk dibaca jika insiden ditambah
beriringan dengan plot twist. Malini
pasti boleh menghasilkan cerpen-cerpen yang menarik seterusnya.
[M. Mahendran dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan
cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak 1987. Karupaya (2018)
adalah Kumpulan cerpen sulung beliau manakala Thalaivar (2021) Kumpulan cerpen Tamil. Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada tahun 1999 dan beliau
dipilih memegang jawatan pengerusi pada tahun 2023. Karya-karya Mahendran boleh
dibaca di portal Sastera Kavyan dan Eksentrika.]